
Bapak hijau ujung. Ibu taji hitam. Baka ni aku dapat cuma sepasang je. Selepas sebulan dia menetas bapaknya mati lemas dek air pasang. Atuknya di beli dari kelantan bulu warna hijau juga. Sejarah atuknya memang betul2 tikam. Pernah dulu try lepas dgn ayam kampung, abes 1 badan kene tikam. Akibat terlalu lasak sangat adu, atuknya jadi bacul. Selepas tu try buat benih. Dapat anak pun 3 ekor. 2 betina 1 jantan. Dapatlh bapak dia ni bulu hijau. Bapanya pun nasib tak baik, sewaktu usianya 8bln (ayam tengah galak) terlepas dgn bapak pembaka. habis teruk bapak dia kena. kepalanya dh tak tau nk jahit mcm mana sampai aku nk sembelih. 2 minggu tak boleh bangun. Mata tak boleh bukak. Selama 2 minggu tu jugak aku jaga & suapkn mkn. Selepas sihat, aku trus buat benih dapat la dia ni.
No comments:
Post a Comment